Double H Sdn. Bhd., syarikat bumiputera yang mempunyai pengalaman luas dan kepakaran dalam rekabentuk dan pemasangan siling kapur untuk kediaman, pejabat, dewan dan sekolah serta premis perniagaan.
Bertapak di Kg Panjang, Kota Bharu, kedai kami mempamerkan contoh-contoh rekabentuk dan corak plaster ceiling yang terkini. Anda semua dijemput datang untuk meninjau atau membuat pilihan siling untuk rumah anda. Atau lawatilah galeri kami yang memaparkan contoh-contoh siling kapur, cornice dan gerbang untuk membuat pilihan anda.

Jadikan Kediaman anda sebuah kediaman yang bertaraf 5 bintang yang anda boleh banggakan kepada tetamu, sanak saudara dan sahabat handai.
Kami menyediakan khidmat konsultan percuma untuk pelanggan yang berminat. Perkhidmatan kami juga dijamin berjalan mengikut jadual. Harga kami amat berpatutan dan boleh dirunding sehingga ke harga anak beranak. Tiada kos tersembunyi dan cara pembayaran boleh dirunding. Juga disediakan perkhidmatan selepas jualan dan jaminan selama 1 tahun (tidak termasuk bencana alam dan kecuaian pihak lain.)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Hasli 013 9036448
Emailkan sebarang pertanyaan mengenai harga dan perkhidmatan kepada qube.cromok@facebook.com
Berkawan dengan Hasli dalam facebook... http://www.facebook.com/qube.cromok
Silalah Like page Kami https://www.facebook.com/#!/pages/Double-H-Sdn-Bhd
Peta Lokasi
Kedai Kami terletak kira-kira 10km dari bandar Kota Bharu (menghala ke Bachok) dan 1km dari simpang 4 Binjai (dekat tali air dan berhadapan balai penggawa). Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Anda semua dijemput datang untuk bertanya atau pun sekadar untuk meninjau product plaster siling yang kami pamerkan.